Kalendar Aktiviti

Showing posts with label PELANGGAN KAMI. Show all posts
Showing posts with label PELANGGAN KAMI. Show all posts

Thursday, June 9, 2011

MAJLIS RESEPSI KAPTEN NORHAZIZ DAN RAHILA

Saat bahagia yang dinanti-nantikan telah menjadi kenyataan bagi pasangan Raja Sehari, Kapten Norhaziz dan Rahila. Putera kepada Tuan Haji Mohd. Manoor Bin Jemeran (Kaunselor) ini telah memilih rona ungu dan krim sebagai tema majlis perkahwinan mereka. Acara gilang-gemilang telah diadakan apabila pasangan pengantin mengatur langkah di atas karpet merah dan di bawah silangan pedang. Namun peristiwa tersebut tidak sempat kami rakamkan bagi tatapan pelanggan.








Monday, December 27, 2010

MAJLIS RESEPSI FAIZ DAN PUSPA MELATI

Menjadi Raja Sehari adalah impian bagi setiap teruna dan dara yang telah bersedia untuk membina mahligai bahagia. Bagi merealisasikan impian mereka, pasangan Faiz dan Puspa Melati telah memilih tema gold dalam majlis persandingan mereka. Warna gold telah menjadikan majlis resepsi pasangan merpati dua sejoli ini tampak mewah dan elegan.Terima kasih kepada Tn.Hj. Mohd Daud bin Tukiman kerana telah menggunakan perkhidmatan Julies Canopy untuk menghargai para tetamu yang hadir.










Sunday, December 26, 2010

MAJLIS RESEPSI FARID & ZANA

Warna gold menjadi pilihan tuan rumah. Majlis resepsi ini berlangsung sungguh meriah.Tema gold mampu membangkitkan 'mood' mewah pada setiap sudut dalam majlis tersebut.Terima kasih kepada tuan rumah dan juga Ozal catering yg telah berkolaborasi dgn Julies Canopy.