Rona biru membangkitkan 'mood' yang harmoni dan damai dan menjadikannya satu momen yang sangat indah untuk dikenang oleh pasangan Ain dan Amy yang telah melangsungkan perkahwinan mereka pada tanggal 11.12.2011. Penggunaan marquee tent dapat menyediakan ruang yang lebih luas untuk para tetamu menikmati hidangan yang disediakan. Terima kasih atas kepercayaan terhadap produk kami.
Kalendar Aktiviti
Friday, December 16, 2011
Monday, December 5, 2011
MARQUEE TENT - PRODUK BAHARU JULIES CANOPY
Marquee tent menjanjikan kawasan yang lebih lapang dan luas serta lebih elegan. Bumbung yang lebih tinggi menjadikan pengudaraan yang lebih nyaman. Sesuai bagi mereka yang mempunyai halaman rumah yang luas. Terima kasih kepada pelanggan pertama kami, Pn. Hjh Halimah dan anaknya En. Lutfi bin Roslan yang telah memberi kepercayaan merealisasikan majlis resepsi adik lelakinya pada 3 Disember 2012 di Kg. Sri Gading.
Sunday, July 24, 2011
CANOPY BERTEMAKAN HITAM-MERAH
Thursday, June 9, 2011
MAJLIS RESEPSI KAPTEN NORHAZIZ DAN RAHILA
Saat bahagia yang dinanti-nantikan telah menjadi kenyataan bagi pasangan Raja Sehari, Kapten Norhaziz dan Rahila. Putera kepada Tuan Haji Mohd. Manoor Bin Jemeran (Kaunselor) ini telah memilih rona ungu dan krim sebagai tema majlis perkahwinan mereka. Acara gilang-gemilang telah diadakan apabila pasangan pengantin mengatur langkah di atas karpet merah dan di bawah silangan pedang. Namun peristiwa tersebut tidak sempat kami rakamkan bagi tatapan pelanggan.







Saturday, June 4, 2011
CANOPY BERTEMAKAN HITAM & KRIM
BERTEMAKAN ALAM SEMULA JADI RONA HIJAU MASIH MEMIKAT
Kesejagatan alam menampakkan kesegaran dalam majlis pasangan Raja sehari yang inginkan suasana damai hijau. Rona hijau epal masih relevan dalam menata suasana majlis anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)











