Kalendar Aktiviti

Friday, December 16, 2011

MARQUEE TENT - MAJLIS PERKAHWINAN AIN & AMY

Rona biru membangkitkan 'mood' yang harmoni dan damai dan menjadikannya satu momen yang sangat indah untuk dikenang oleh pasangan Ain dan Amy yang telah melangsungkan perkahwinan mereka pada tanggal 11.12.2011. Penggunaan marquee tent dapat menyediakan ruang yang lebih luas untuk para tetamu menikmati hidangan yang disediakan. Terima kasih atas kepercayaan terhadap produk kami.













Monday, December 5, 2011

MARQUEE TENT - PRODUK BAHARU JULIES CANOPY

Marquee tent menjanjikan kawasan yang lebih lapang dan luas serta lebih elegan. Bumbung yang lebih tinggi menjadikan pengudaraan yang lebih nyaman. Sesuai bagi mereka yang mempunyai halaman rumah yang luas. Terima kasih kepada pelanggan pertama kami, Pn. Hjh Halimah dan anaknya En. Lutfi bin Roslan yang telah memberi kepercayaan merealisasikan majlis resepsi adik lelakinya pada 3 Disember 2012 di Kg. Sri Gading.













Sunday, July 24, 2011

CANOPY BERTEMAKAN HITAM-MERAH



Warna hitam dan merah menjadi pilihan Pn. Faridah bagi merealisasikan majlis resepsi anak lelakinya. Beliau mengingini satu konsep yang lain daripada kebiasaan dan pilihan tema bagi majlis tersebut nampak menjadi dan beliau sangat berpuas hati dengan perkhidmatan kami.












Thursday, June 9, 2011

MAJLIS RESEPSI KAPTEN NORHAZIZ DAN RAHILA

Saat bahagia yang dinanti-nantikan telah menjadi kenyataan bagi pasangan Raja Sehari, Kapten Norhaziz dan Rahila. Putera kepada Tuan Haji Mohd. Manoor Bin Jemeran (Kaunselor) ini telah memilih rona ungu dan krim sebagai tema majlis perkahwinan mereka. Acara gilang-gemilang telah diadakan apabila pasangan pengantin mengatur langkah di atas karpet merah dan di bawah silangan pedang. Namun peristiwa tersebut tidak sempat kami rakamkan bagi tatapan pelanggan.








Saturday, June 4, 2011

CANOPY BERTEMAKAN HITAM & KRIM


Bagi mereka yang berani, tidak salah untuk mencipta kelainan dengan memilih rona hitam-krim sebagai tema perkahwinan. Suasana yang lain dari kebiasaan juga mampu memberi kepuasan kepada Raja Sehari. Apa-apapun pilihan mereka, kita harus menghargainya!





BERTEMAKAN ALAM SEMULA JADI RONA HIJAU MASIH MEMIKAT

Kesejagatan alam menampakkan kesegaran dalam majlis pasangan Raja sehari yang inginkan suasana damai hijau. Rona hijau epal masih relevan dalam menata suasana majlis anda.